Hidup ni macam taik idung - hmmm... masin. he 3x. Macam garam - penghulu lauk.

Saturday, July 2, 2011

Hendak 1 daya tak hendak 1000 daleh

Perjalanan hidup seorang peserta rancangan realiti Tv di Korea yang menghadapi kesukaran untuk menempuhi ranjang kehidupan yang berliku sejak dari kecil. Kisah yang amat menyedihkan dan sesuai untuk dijadikan pengajaran untuk kita semua..Mungkin juga sesuai untuk dijadikan motivasi.

Sinopsis


Sung Bong Choi hanyalah seorang gelandangan yang mencuba
nasib untuk mengubah hidupnya dengan menyertai sebuah
rancangan realiti TV Korea - Korea's Got Talent.

Kehidupan yang menyedihkan yang diceritakannya sendiri
sebelum membuat persembahan didalam rancangan tersebut.

Juri bertanyakan kenapa beliau mengosongkan ruangan
keluarga didalam borang penyertaanya.

Ceritanya tersangatlah menyentuh perasaan hadirin yang hadir
ketika ujibakat tersebut.

Cuba kita bayangkan kesukaran yang dihadapinya sejak kecil.
Dia tinggal di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun.
Pada usia 5 tahun, dia melarikan diri dari rumah itu
sebab tak tahan dibuli oleh budak-budak lain disitu.

Se usia 5 tahun beliau telah mula bergelandangan. Dia
menjual gula-gula getah dan minuman tenaga untuk
menampung hidupnya.

Tandas awam dan jalanan sebagai tempat tidurnya. Selama
10 tahun dalam keadaan begitu tanpa sokongan saudara dan
sahabat handai.

Sila ikuti videonya dibawah.



Lagu nya memang lah tak sebaik merdu lagu-lagu Winter Sonata tapi
dek riwayat hidup dia pendengar pun sebak.

Aku ???

mmm...n'tah...

No comments:

Post a Comment