Hidup ni macam taik idung - hmmm... masin. he 3x. Macam garam - penghulu lauk.

Thursday, May 29, 2014

SEDJARAH MELAJU

Ari ni Prof nak salin je daripada sebuah buku. Mungkin ada manafaat pada pelajar-pelajar atau sesiapa sahaja. Tapi permulaan bagi buku ni dah hilang. Kalau ada sesiapa yang memilikinya boleh emel atau isi je kat Comments tu. Terima kasih



SEDJARAH MELAJU
MENURUT TERBITAN ABDULLAH
(IBN ABDULKADIR MUNSJI)

SEDJARAH MELAJU

itu semuanja disembahkan, segala titah radja Singapura.
maka baginda radja Madjapahitpun terlalu murka
menengar sembah utusan itu; maka titah baginda:
"Adapun 'ibarat kehendak radja Singapura itu: djika
kita datang kesana, demikianlah kepala kita ditarahnja
seperti kepala budak itu". Maka betara Madjapahitpun
menitahkan hulubalangnja berlengkap perahu akan
menjerang Singapura itu, seratus buah djung; lain dari
itu beberapa melangbing dan kelulus, djongkong, tje-
rutjuh, tongkang, tiada terhisabkan lagi banjaknja.
Maka dititahkan betara Madjapahit seorang hulubalang
jang besar akan panglimanja, Demang Wiradja nama-
nja; maka iapun belajarlah ke Singapura.